Bagaimana Memulakan Perniagaan Secara dalam Talian? (Bisnis Online)
Bagaimana Memulakan Perniagaan Secara dalam Talian? (Bisnis Online). Sebuah MODAL yang anda perlukan adalah idea yang amat kreatif, model perniagaan yang kuat, komputer riba dan Internet.
Jenama yang hanya
Wujud di media sosial
Mungkin pada masa ini saya hanya fokus kepada satu media sosial, yaitu Facebook. Terdapat banyak saluran di media sosial seperti Facebook, Linkedin, Twitter, Instagram dan sebagainya namun, saya lebih memilih facebook karena saiz komuniti yang ada didalamnya.
Ia merupakan yang terbesar didunia, mempunyai 1.2 billion pengguna aktif dalam satu-satu masa. Lagipun saya tidak mau membuang masa dengan pelbagai strategi pemasaran apabila terlalu banyak saluran untuk difikirkan. Modal untuk membuka akun perniagaan dan menjalankan aktiviti di facebook, RM0 atau percuma.
Pendaftaran secara sah
Walaupun ia hanyalah suatu eksperimen, tetapi anda harus ingat ini satu perniagaan. Oleh itu, ia haruslah didaftarkan secara sah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Pihak kerajaan sebelum ini menetapkan setiap perniagaan dalam talian mesti didaftarkan secara sah di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ia bertujuan pihak ramai dan kerajaan untuk mencari punca masalah dan penyelesaian terbaik sekiranya wujud perkara yang tidak diingini. Jadi, memandangkan saya tidak mempunyai syarikat berdaftar, saya memiliki syarikat milik teman saya untuk setiap aktiviti transaksi. Modal menggunakan rakan untuk mulakan perniagaan yang sah, RM0.
Idea yang kreatif
Saya memulakan Conper selepas hampir dua bulan memerhatikan aktiviti-aktiviti media sosial oleh industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia dan ASEAN. Saya melihat mereka agak ketinggalan jauh dari aspek kandungan yang diletakkan di media sosial mereka.
Kebanyakannya membosankan dan tidak menarik langsung. Gambar, gambar dan gambar, itu sahaja. Mereka tidak mampu untuk bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang mempunyai kandungan media sosial ‘dahsyat’ yang memilih untuk meletakkan video dan animasi bagi menjual produk mereka.
Selepas dua bulan, saya pun memulakan Conper bagi membantu golongan peniaga kecil dan sederhana ini menyediakan kandungan-kandungan media sosial pada kadar yang mereka mampu. Idea yang kreatif bermaksud anda mampu mengisi kekosongan yang wujud dalam mana-mana industri yang anda fikir, ada permintaan untuk produk atau perkhidmatan anda. Modal untuk idea yang kreatif, RM0.
Model perniagaan
yang kuat
Conper hanyalah satu jenama yang menyediakan kandungan di media sosial. Model perniagaan yang saya gunakan untuk ini ialah ia bersifat secara dalam talian, menggunakan kreativiti dalaman tanpa bantuan orang luar, penjenamaan perniagaan bersifat global dan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan juga harus bersifat global.
Hasil kreatifnya juga perlu di tahap global. Dan yang paling penting sekali, ia harus mempunyai harga yang murah.
Ciri-ciri ini penting kerana jika kita melihat orang yang akan membeli sesuatu produk itu, kriteria yang mereka selalu gunakan ialah “aku ingin membeli produk yang berkualiti tinggi, dan mempunyai harga murah daripada syarikat yang dipercayai.” Ini kriteria setiap bakal pembeli. Sekiranya sesuatu jenama itu mampu memberikan ketiga-tiga ini, penjualan pasti akan terjadi dengan mudah. Model perniagaan yang kuat.
Komputer riba
dan Internet
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan kebanyakannya menggunakan komputer riba sedia ada yang fleksibel untuk dibawa ke mana sahaja. Tidak perlu mempunyai pejabat, hanya Internet yang laju. Sekarang, kedai mamak pun ada WiFi yang laju. Jadi, modal yang diperlukan, RM1 untuk anda minum teh o di kedai mamak yang anda lepak tu sambil buat kerja.
Semoga Bermanfaat.
Bisa kucoba nih Tutorial nya siapa tahu bisa sukses kaya mas
BalasPadamHarus tuh mas hehe
Padam