Tips Trik, Trik dalam Game, Informasi, Inspirasi Hubungan dan Artikel Berbahasa Melayu

Hillary atau Trump?

Artikel terkait : Hillary atau Trump?



NEW YORK 8 Nov. - Selepas berbulan-bulan men­jalankan kempen di se­luruh negara, calon Presi­den Ame­rika Syarikat (AS) Hillary Clinton dan Donald Trump kini berdepan debaran menanti pemenang apabila lebih 40 juta pengundi menunaikan tanggungjawab me­mi­lih Presiden Ke-45 negara ini hari ini dan esok.

Berdasarkan jadual pengundian di negeri-negeri, semua pusat pengundian akan ditutup kira-kira pukul 12.00 tengah hari esok waktu Malaysia dan keputusan awal dijangka diketahui bermula pukul 8 pagi waktu Malaysia.

Calon Presiden perlu menerima 270 undi daripada 538 badan perwakilan pemilih untuk memenangi pilihan raya.
Setakat pukul 11 malam ini, Dixville Notch, sebuah kawasan di New Hampshire yang hanya mempunyai lapan penduduk, men­jadi lokasi pertama pengundian dan keputusan dikeluarkan yang me­nyaksikan Hillary menewaskan Trump dengan keputusan 4-2.

Juga di New Hampshire, Hil­lary menang 17 undian berban­ding Trump yang menerima 14 undi, sementara di Millsfield, ju­tawan itu mudah menewaskan be­kas Wanita Pertama tersebut dengan undian 16-4.
Keseluruhannya selepas undian lewat malam selesai di New Hampshire, Trump mendahului Hillary dengan 32-25, namun itu adalah undi popular yang tidak menentukan pemenang.

Bagaimanapun, kedua-dua ca­lon masih belum memperoleh se­barang undi badan perwakilan pemilih.
Sementara itu, Hillary, 69, hari ini mengundi di Chappaqua, New York, manakala Trump di Manhattan, New York.
Tinjauan pendapat hari ini oleh laman web RealClearPolitics menunjukkan Hil­lary hanya mendahului 3.3 pe­ra­tus daripada Trump, satu keadaan yang tidak boleh dianggap selamat.

Keadaan itu bermaksud ke­dua-dua calon perlu mendapat un­di badan perwakilan pemilih di negeri-negeri atas pagar.
Negeri-negeri atas pagar yang menjadi perhatian kedua-dua ca­lon itu adalah Florida yang menyumbang 29 badan perwakilan pemilih, Pennsylvania (20), Ohio (18), Georgia (16), Michigan (16), North Carolina (15), Virginia (13), Arizona (11), Colorado (9), Iowa (6), Nevada (6) dan New Hampshire (4).

Ketika ini, Hillary menjadi calon pilihan untuk menjadi Pre­siden wanita AS pertama.
Pemenang pilihan raya akan dilantik sebagai Presiden AS Ke-45 pada 20 Januari ini bagi menggantikan Barack Obama yang telah berkhidmat selama dua penggal di White House.

Dalam perkembangan ber­kaitan, lebih 5,000 pegawai polis akan ditempatkan di New York esok, jumlah terbesar dalam sejarah Pilihan Raya Presiden AS selepas kedua-dua calon Pre­siden merancang untuk me­nyaksikan keputusan pemilihan di bandar raya ini.

Menurut Ketua Jabatan Polis New York (NYPD), Carlos Gomez, pihaknya mengerahkan pegawai beruniform lengkap dengan senjata automatik dan peralatan pengesan bahan letupan di seluruh Manhattan dan 1,205 pusat pengundian di sini.

Pada malam keputusan di­umumkan, Hillary akan berkumpul bersama penyokongnya di­ Pusat Konvensyen Jacob K. Ja­vits berhampiran Sungai Hudson, manakala Trump akan be­­rada di Hotel Hilton di Manhattan.
New York merupakan bandar kelahiran Trump yang mengikut jejak bapanya membina empayar hartanah, manakala Hillary pula berpindah ke bandar Chappaqua ketika menjadi Wanita Pertama dan Setiausaha Negara.

Artikel Ardianw311 Blog Lainnya :

7 komentar:

  1. mau siapa aja asal dunia damai gan :v

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm iya sih mas, yang penting terbaik lah bagi AS hehe

      Padam
    2. tar kapan2 kita meetup blogger dunia disana ya gan :v

      Padam
    3. mungkin kalau meetup blogger dunia kita hanya jadi kecoa mas wkwk

      Padam
  2. Trum menang gan, mudah2an damai2 aje ni dunia hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang saya khawatirkan dari trump, dia sedikit menyudutkan umat muslim di AS. Takut terjadi hal-hal yang tidak diinginkan saja mas..

      Padam

Terimakasih telah berkenan untuk membaca artikel diatas. Tolong berkomentar yang sesuai dengan isi Artikel diatas. Komentar spam dan berisi konten Negatif lainnya tidak akan saya Publikasikan. Terimakasih.

Copyright © 2014 Ardianw311 Blog | Design by Ardian Widianto